Urusan negeri bidang kuasa PKR Sabah, bukan pimpinan pusat
  • 4 years ago
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Christina Liew menjelaskan sebarang urusan parti di negeri itu adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa PKR Sabah.

Menurutnya walaupun isu-isu kebangsaan akan dirujuk kepada presiden parti, Anwar Ibrahim dan kepimpinan tinggi parti yang lain, kepimpinan parti sebaliknya akan merujuk kepada PKR negeri mengenai sebarang hal yang berkaitan dengan negeri Sabah.

Beliau menjawab dakwaan sekiranya pimpinan PKR di peringkat kebangsaan mencampuri urusan PKR negeri mengenai pencalonan parti itu untuk PRN Sabah.