Polis tiada kuasa ubah jumlah RM10k semasa keluar kompaun

  • 3 years ago
Jumlah denda kompaun RM10,000 yang dikenakan terhadap pesalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan boleh dikurangkan melalui permohonan di pejabat kesihatan daerah, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Katanya, polis yang mengeluarkan kompaun tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah denda RM10,000 kerana satu-satunya tugas mereka adalah untuk mengeluarkan kompaun itu kepada pesalah.

Beliau juga berkata sasaran nilai tinggi kompaun ini ditujukan kepada pesalah berulang yang degil.