Kes Indira Gandhi - PDRM jamin 'pengakhiran bahagia'

  • 4 years ago
Ketua Polis Negara (IGP), Abdul Hamid Bador hari ini memberi jaminan bahawa pihak PDRM akan memuktamadkan kes anak Indira Ghandi yang dilarikan oleh bekas suaminya.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan kes ini tetapi tidak dihebahkan kepada media kerana kes yang sensitif.

Beliayu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saman RM100 juta yang akan dikemukakan oleh Indira Gandhi kepadanya. Saman itu dikemukakan akibat kegagalan IGP menahan bekas suami Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2014.