Utusan bakal bernafas kembali?

  • 4 years ago
Akhbar berbahasa Melayu tertua Utusan Malaysia, yang ditutup tahun lalu kerana berhadapan masalah kewangan, bakal hidup kembali dalam masa beberapa bulan akan datang.

Desas-desus bertiup susulan laman Facebook Utusan Online membuat hantaran dua hari lalu bahawa pemilik syarikat akhbar Media Mulia Sdn Bhd sedang mencari calon untuk mengambil jawatan editor, pemberita, penulis kreatif dan jurugambar.

Media Mulia dikatakan berkait dengan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mana syarikatnya Aurora Mulia memiliki saham dalam Media Prima Bhd.

Akhbar berbahasa Melayu tertua Utusan Malaysia, yang ditutup tahun lalu kerana berhadapan masalah kewangan, bakal hidup kembali dalam masa beberapa bulan akan datang.

Ini susulan hantaran di laman Facebook Utusan Online dua hari lalu, bahawa pemilik syarikat akhbar Media Mulia Sdn Bhd sedang mencari calon untuk beberapa jawatan.

Media Mulia dikatakan berkait dengan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mana syarikatnya Aurora Mulia memiliki saham dalam Media Prima Bhd.

Setiausaha cawangan NUJ-Utusan, Muhammad Bashir Abu Bakar, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa Utusan Malaysia mungkin memulakan operasinya seawal Mei.