"Pasukan kebangsaan akan 'perform', 4 pemain bersara bakal kembali", kata TMJ

  • 7 years ago
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa percaya bahawa pasukan kebangsaan akan mempamerkan aksi yang baik pada tahun hadapan.

Namun Tunku Ismail tidak mendedahkan apa yang bakal dilakukannya, sekadar menyebut "Saya conform national team akan perform tahun hadapan, tengok sahaja nanti"

Tunku Ismail turut mendedahkan bahawa baginda sedang cuba memujuk Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunanlan dan Amirulhaadi untuk kembali ke pasukan kebangsaan.

Baginda berkata begitu ketika sesi dialog bersama media dan penyokong di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor semalam.