Maszlee harap pengganti beri sinar baru
  • 4 years ago
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ketika ditanya mengenai siapakah penggantinya, beliau berkata beliau berharap ia memberi sinar baharu kepada Malaysia dan tahun 2020 amatlah bermakna untuk negara.

Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.