Tunggu ketika sampai waktunya - Maszlee komen UEC

  • 4 years ago
Laporan lengkap Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung pengiktirafan sijil itu akan diumumkan apabila tiba waktunya.

“Tunggu sampai waktunya,” kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pencapaian tahunan Kementerian Pendidikan 2019 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tahap perkembangan Laporan Lengkap PPDUEC dan apakah ia menjadi satu pencapaian kementerian pada tahun depan.

Akhir bulan lalu, Maszlee memberitahu laporan lengkap itu dijangka diserah kepada Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya hujung tahun ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.