Maszlee umum letak jawatan menteri pendidikan kuatkuasa 3 Jan
  • 4 years ago
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.

"Saya dengan hati yang reda, dengan nasihat dari perdana menteri, saya Maszlee Malik dengan ini memulangkan jawatan saya sebagai menteri pendidikan berkuatkuasa 3 Januari," katanya.

Bekas pensyarah yang kebelakangan ini kerap menjadi sasaran kritikan itu juga menyenaraikan pencapaian Kementerian Pendidikan sepanjang pengawasan beliau.