PM paksa Maszlee letak jawatan - Najib

  • 4 years ago
Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik adalah dibuat "secara paksaan", kata bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Katanya, peletakan jawatan ahli parlimen Bersatu itu membuktikan Pakatan Harapan (PH) sedang berdepan dengan masalah dalaman yang parah.

"Banyak masalah dalaman kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya, dia (Maszlee) disuruh letak jawatan, bukan dia (mahu) letak jawatan, (sebaliknya) disuruh letak jawatan kerana tekanan dari luar dan juga dari dalam .

"Ini menyebabkan tentu sekali apa-apa isu yang berkaitan kementerian pendidilan menimbulkan satu bentuk ketidakpuasan yang amat sangat yang menyebabkan rakyat tunjuk tidak puas hati dan saya yakin parti-parti dalam PH pun hendak supaya beliau meletak jawatan," kata Najib.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Membakut petang tadi.

Katanya, Maszlee berdepan dengan tekanan bukan saja dari dalam, malah tekanan rakyat yang menyebabkan beliau terpaksa berundur dan dijadikan "kambing hitam".

Semalam, Maszlee dalam satu sidang media khas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa hari ini.