NGO protes desak menteri letak jawatan

  • 5 years ago
Sekumpulan NGO Gabungan Muafakat Anak Muda Malaysia mendesak seorang menteri Kabinet meletakkan jawatan yang didakwa terpalit dalam siasatan kes video seks yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengerusinya Muhammad Faizal Sufar berkata pemimpin utama negara perlu mengambil langkah segera untuk menghentikan kontroversi memalukan melibatkan agama dan juga nama baik Malaysia.

Dia juga mahu pihak polis menjaga integriti dan telus dalam menjalankan siasatan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

NGO tersebut ditemui membuat perhimpunan aman di hadapan pusat beli belah di ibu negara petang tadi.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 18 Julai lalu mengesahkan klip video itu sebagai tulen berdasarkan analisis Cybersecurity Malaysia, namun proses pengecaman wajah adalah "negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan".

Azmin dituduh merupakan salah seorang individu yang dipaparkan dalam klip video seks sejenis itu. Tuduhan itu dilontarkan oleh bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Hazir Abdullah Abdul Aziz.

Haziq mengaku dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video itu, sementara Azmin menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah "plot jahat" dari dalam parti untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.