MEF minta kerajaan kaji semula kenaikan gaji minimum

  • 4 years ago
Keputusan kerajaan untuk menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,200 di 57 kawasan bandar utama bermula tahun depan, wajar dikaji dengan lebih mendalam.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berpendapat, kerajaan harus berkongsi 50 peratus kenakan kos gaji bersama majikan, jika mahu menaikkan amaun gaji minimum itu.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Kementerian Sumber Manusia kerana melihat pelaksanaan gaji minimum itu hanya memberi manfaat kepada pekerja asing, bukannya pekerja tempatan.

Pihak MEF berharap kerajaan akan menimbang semula perkara tersebut kerana sukar bagi pihak majikan melaksanakan dalam tempoh masa yang begitu singkat.

Datuk Shamsuddin ditemui media dalam Sidang Media khas MEF berhubung gaji minimum di ibu negara.