Anwar minta kerajaan melihat semula IPCMC, jangan beri gambaran salahlaku polis saja
  • 4 years ago
Ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim menyentuh kelemahan kerajaan yang perlu diperbaiki seperti isu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), keyakinan rakyat susulan kekalahan besar Pakatan Harapan dalam PRK Tanjung Piai dan IPCMC.

“Saya juga perpendirian bahawa Malaysia juga mesti bijak menyelesaikan masalah PTPTN yang sekarang menjadi kegelisahan pada rakyat.

“Jadi dalam kita menegur, kita menggesa dan mendesak kerajaan, kita mesti terima bahawa kita mesti ada sistem, kita mesti mencari penyelesaian berdasarkan keupayaan tapi kita tak boleh gunakan retorik lama,” katanya.

Anwar menyorot keresahan pihak polis mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC), iaitu Rang Undang-Undang yang telah ditangguhkan bacaannya ke sesi Parlimen Mac tahun depan.

“Saya ingin menggesa kerajaan melihat semula, pertahankan semula rule of law (kedaulatan undang-undang) ditegakkan tapi janganlah beri gambaran yang IPCMC ini hanya berikan gambaran soal salah laku polis .

“Kita mahu polis diberi pengiktirafan, kebangkitan, pertahankan peranan mereka menangani masalah keganasan dan banteras jenaayah yang meningkat. Cuma kita nak kawal supaya jangan ada keterlanjuran,” katanya.