Keluarga minta inkues terhadap kematian Nora Anne
  • 4 years ago
Ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemui maut selepas 10 hari dilaporkan hilang, meminta inkues terhadap kejadian itu, dengan mendakwa terdapat elemen jenayah dalam kes tersebut.
Ibu kepada Nora Anne berkata sesuatu yang sangat kompleks berlaku
Dia menegaskan dari awal bahawa terdapat unsur jenayah terhadap apa yang berlaku. Phaknya sedang cuba berusaha kerana sukar untuk mendapatkan sumber yang cukup untuk menyiasat dari sudut jenayah.
Peguam keluarga itu di Malaysia, SN Nair, sebelum ini mengatakan bahawa satu salinan laporan bedah siasat akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diputuskan sama ada terdapat keperluan untuk inkues.
Nora Anne, yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos, ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 km dari resort penginapannya bersama keluarga di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.
Bedah siasat mendapati gadis itu mati akibat pendarahan gastrointestinal, mungkin disebabkan oleh kelaparan dan tekanan. Pihak berkuasa mengatakan kes itu tiada unsur jenayah.
Keluarga Nora berharap kerajaan Perancis, Ireland dan British akan menyokong tindakan mreka. dan ia adalah kewajipan hak asasi manusia dan demokratik untuk mencari kebenaran dan keadilan tentang apa yang berlaku.