Saya tidak boleh bagi tempoh masa bila inkues dimulakan -KPN
  • 5 years ago
Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador menyatakan inkues mengenai kejadian tiga lelaki ditembak mati oleh polis di Batu Arang, Rawang, belum boleh dimulakan kerana proses untuk menyediakan laporan bedah siasat dan forensik sedang giat dijalankan dan sejurus siap, ia akan segera dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.


"Dalam kes yang memerlukan khidmat Jabatan Kimia, saya tidak boleh bagi tempoh masa bila inkues tersebut akan dimulakan kerana mereka ada prosedur operasi standard (dalam menyediakan laporan berkaitan).

"Sekarang kita (polis) tunggu saja (untuk semua laporan disediakan). Sejurus dapat, kita akan ambil tindakan seterusnya. Saya alu-alukan supaya inkues dapat dijalankan segera dan keadilan dapat diputuskan," katanya.

Sabtu lalu, tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di kilometer 22, Jalan Rawang menghala Batu Arang.