Mufti Wilayah mendoakan pekerja NSTP/Media Prima yang diberhentikan kerja

  • 4 years ago
Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al Bakri menasihati pekerja NSTP/Media Prima yang telah menerima surat pemberhentian kerja untuk bertawakal dengan ujian yang diterima dan tidak berputus asa.


Dia turut mendoakan pekerja yang kehilangan pekerja yang berkhidmat bertahun lama untuk tidak bersedih dan yakin rezeki ada pada Allah.

Sejumlah 543 kakitangan kumpulan New Straits Times Press (NSTP) akan ditamatkan perkhidmatan pada Mac tahun depan, berikutan langkah pengurangan pekerja yang sedang dibuat Media Prima Bhd.