Industri perhotelan rugi RM500j, lebih dua ribu pekerja diberhentikan

  • 4 years ago
Industri pelancongan terutama sekali sektor perhotelan terjejas teruk sejak awal Januari berikutan penyebaran wabak Covid 19

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata nilai kerugian berjumlah lebih 75 juta ringgit akibat pembatalan tempahan bilik secara mendadak.

Menurutnya lagi, berikutan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari, hampir kesemua hotel tidak dapat beroperasi.

Menurut MAH, setakat 20 Mac lalu, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan.

Kerugian pendapatan industri perhotelan pula mencecah lebih 500 juta ringgit.

Recommended