PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November
  • 5 years ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada162 November ini dan pengundian awal pada 12 November.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya selepas mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK itu, pengerusinya, Azhar Azizan Harun turut mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.

Dr Md Farid, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang anestesiologi dari segi profesion, membantu PH merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai memperolehi 21,255 undi menewaskan Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.

Wee memperolehi 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi.
Recommended