Isu Khat : "Boleh tanya topik lain? "

  • 5 years ago
Setiausaha Agung DAP , Lim Guan Eng memberitahu wartawan agar menantikan kenyataan media bertulis dan menunggu sidang media Menteri Pendidikan menyentuh subjek khat Jawi akan diperkenalkan dalam kurikulum Bahasa Melayu Darjah 4 di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Dia khuatir sekiranya dia membuat sebarang kenyataaan bimbang akan diputar belit dan meminta wartawan bertanya soalan yang lain.