Mujahid pelawa MP Kepong ke 'Pameran Raja Kita'
  • 5 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mempelawa Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ke Pameran Raja Kita.

Memetik Berita RTM, tegasnya, Lip Eng perlu menghayati sejarah dan warisan di negara ini termasuk tulisan Jawi yang ditulis oleh raja-raja Melayu kepada Ratu England, Queen Elizabeth.

Mengakui tidak membaca status Lip Eng itu, beliau berkata isu tulisan jawi perlu dilihat sebagai warisan seni yang perlu dijaga dan dipelihara.

Ujar beliau lagi, isu tersebut perlu dilihat dalam kerangka besar iaitu untuk mengangkat warisan seni kaligrafi kepada generasi muda.

Mujahid ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, ibu negara pada Isnin.
Recommended