Farhash mungkin bingung, saya simpati - Zuraidah

  • 5 years ago
Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan Farhash Wafa Salvador dalam ucapannya mungkin disebabkan tidak mendapat perkembangan terbaharu berikutan berada dalam tahanan reman.

“Farhash waktu reman itu dia tertutup dengan maklumat yang sudah berlaku diluar, jadi dia mungkin tidak dapat tahu perkembangan terbaharu.

“Jadi saya simpati kepada dia kerana masih lagi terbelenggu dengan tanggapan dia. Saya harap sekarang ini dia tahu apa yang berlaku dan dapat memberi maklum balas yang lebih waras,” katanya