Tak sampai 5 minit, menteri 'hilang' dari media

  • 5 years ago
Kedatangan sekumpulan pengamal media untuk mendapatkan reaksi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tentang beberapa isu berkaitan hal pendidikan hari ini tidak kesampaian.

Ia susulan para wartawan sudah memaklumkan untuk sedia menunggu bagi bertanyakan soalan di majlis Program Latihan Praktikal Elit antara Kementerian Pendidikan dan Intel hari ini .

Antara perkara yang ingin dibangkitkan ialah isu pelajar Orang Asli Kaum Batek yang tercicir pelajaran di Gua Musang, Kelantan.

Para wartawan dan jurugambar diminta untuk menjamu makanan terlebih dahulu, sebelum menunggu untuk ditemuramah.

Tetapi belum sampai beberapa minit Mazlee dilihat bergegas lalu beredar tanpa berkata apa-apa kepada sekumpulan pengamal media yang menunggu di depannya.

Tindakan melarikan diri itu dilihat tidak profesional apabila banyak lagi isu yang ingin dikemukakan, antaranya isu 45,000 pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah juga tidak mahu dijawab.

Recommended