Lantikan utama melalui PSC tidak sah - Tun M

  • 5 years ago
Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen untuk Pelantikan Jawatan Awam Utama (PSC) tidak boleh berfungsi secara sah memandangkan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan bercadang untuk mewujudkan PSC tetapi mereka tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi buat masa ini kita ikut idea lama iaitu perdana menteri akan memutuskan semua lantikan.

"Yang lain boleh memberikan pendapat mereka tetapi perdana menteri yang akan membuat keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya sama ada pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan melalui PSC susulan peletakan jawatan Razali Ismail sebagai pengerusinya pada 16 April lalu.