Tidak mudah pertahankan PH - Tun M

  • 5 years ago
Menjawab satu soalan, Mahathir berkata menyatukan kelima-lima parti yang membentuk pentadbiran kerajaan menjadi satu cabaran kepada beliau.

"Ia tidak mudah. ​​Kami mempunyai idea berbeza, tapi kita kekal bersama. Kami bertemu. Mewakili lima parti yang berbeza. Salah satu di antaranya (Parti Warisan Sabah) bahkan bukan ahli gabungan ini," katanya.

Beliau menegaskan bahawa keutamaan pada masa ini adalah untuk menentang rasuah.

Sambil berseloroh beliau berkata "Perdana Menteri tidak mencuri wang setakat yang SPRM tahu. (Oleh itu) kita bermula dengan baik."