Ketua Hakim Negara bersara esok, k'jaan sudah ada pengganti

  • 5 years ago
Mengenai persaraan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum esok, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sudah mempunyai calon untuk jawatan itu.

Ya, kita akan beritahu nanti," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Agro Malaysia (Maeps) Serdang hari ini.

Malanjum, yang dilantik sebagai pegawai kehakiman di negara itu pada 11 Julai tahun lepas, akan mencapai umur persaraan mandatori perlembagaan 66 tahun dan menghampiri tempoh enam bulan lanjutan perkhidmatannya.