'Orang PAS jangan nak gatal mata, takkan tengok rambut wanita semua naik'

  • 5 years ago
Pegangan agama seseorang ialah urusan peribadi dan tidak seharusnya diukur secara luaran semata-mata, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Terdahulu beliau menjawab soalan moderator Johan Jaaffar tentang penilaian nilai Islam yang lebih bersifat luaran seperti cara berpakaian dan sebagainya.

Mengulas isu itu, Rafidah mengimbau kenangannya yang pernah disoal tentang penampilan tidak bertudung ketika menjawat jawatan ketua Wanita Umno satu ketika dulu.

Mengulang jawapannya pada waktu tersebut, Rafidah menjelaskan, suaminya tidak pernah meletakkan peraturan berkaitan pemakaian tudung.

Kabinet dan perlembagaan juga, katanya, turut tidak meletakkan syarat berkaitan hal itu.

Jawab Rafidah lagi, dosa ialah urusan peribadi yang ditanggung sendiri oleh pelakunya, sekiranya benar seseorang itu melakukan kesalahan, dan terserah kepada pihak yang memandang wanita tidak bertudung untuk menjaga imannya.

“Takkan tengok rambut wanita semua ‘naik’? Baru tengok rambut,” katanya lagi.