'Nak tengok Rosmah bagi BN menang, baru seronok hidup'

  • 5 years ago
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyindir janji yang dibuat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu membawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansorke Kampung Minang sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil Semenyih 2 Mac ini.

Amirudin berkata demikian ketika berucap dalam kempen ceramah PH di Kampung Sungai Kembung Hilir, Semenyih malam tadi.