Takkan nak buat SJR periksa status vaksinasi semua orang? - Khairy

  • 3 years ago
Penguatkuasaan SOP sedia ada akan terus terpakai walaupun selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan kelak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata adalah sesuatu yang mustahil untuk sekatan jalan raya diadakan bagi memeriksa status vaksinasi setiap individu yang melakukan perjalanan rentas negeri.

Beliau juga meminta pihak polis untuk terus menjalankan Ops Patuh dengan memeriksa premis dan kedai makan secara rawak, bagi memastikan pelanggan divaksin atau tidak.

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/555849295478922

Recommended