'Suruh tengok kotak kosong, dia letak muka kat dalam'

  • 5 years ago
Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan menyindir calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram yang sering mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

"Biar dia cakap apa yang dia nak cakaplah. Sebelum ni cakap Rantau tak ada balai bomba lepastu dia sendiri kena.

"Semalam dia cakap Rembau tak ada hospital, yang besar kat sana apa tu ?" kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat.

PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan Streram, Mohamad dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Kerusi itu kosong selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan untuk mengisytiharkan kemenangan Mohamad pada PRU lepas sebagai terbatal.