17 rakyat Malaysia selamat tiba dari Lombok
  • 5 years ago
Sekumpulan 17 warga Malaysia yang berada di Lombok, Indonesia semasa kejadian gempa bumi pada Ahad, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini.Mereka tiba dengan pesawat Air Asia pada kira-kira 3.30 petang.Ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.-Bernama