12 mangsa sindiket kerja di Kemboja selamat tiba di Malaysia
  • 2 years ago
Seramai 12 daripada 16 warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja selamat tiba di KLIA2 pagi ini, manakala empat lagi masih menjalani kuarantin di negara itu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Amran Mohamed Zin berkata pihak berkuasa Kemboja menerima maklumat mengenai penglibatan 16 rakyat Malaysia dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang negara berkenaan dan menahan kesemua mereka pada 4 April lalu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan berkata, pihak polis menerima 35 laporan melibatkan 45 mangsa sindiket yang masih terkandas di beberapa negara.