Sibermedia anjur kursus media sosial di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia
  • 5 tahun lalu
MELAKA 28 Feb. - Sebanyak 51 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari seluruh negara menghadiri Kursus Media Sosial anjuran Sibermedia Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka di sini yang berakhir hari ini.

Kursus selama tiga hari bermula Selasa lalu itu bertemakan ‘Warfare, Poketgrafi dan Penulisan Kreatif’ melibatkan pegawai perhubungan awam Ibu Pejabat serta negeri dan beberapa Bahagian lain dari Unit Komunikasi Korporat JPJ bertujuan memahirkan peserta dalam melaksanakan tugasan harian masing-masing.