Dapatkan harga ‘Early Bird’ Kursus Pengurusan Media khas PBT

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 28 Mei - Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara berpeluang menyertai Kursus Pengurusan Media Khas PBT 2019 yang akan diadakan pada 8 hingga 10 Julai ini di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, anjuran Sibermedia Sdn. Bhd. (Sibermedia) dengan harga ‘Early Bird’ jika mendaftar awal sebelum 15 Jun ini.

Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, kakitangan PBT yang berminat hanya perlu membayar yuran kursus RM1,699 termasuk bayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berbanding RM1,799 selepas tempoh berkenaan.