Perspektif pembangunan lestari Paragon
  • 6 tahun lalu
Kumpulan Joland membuka satu perspektif yang tidak hanya menumpu kepada perkembangan industri perhotelan.

Sebaliknya Kumpulan Joland selaku teraju utama Paragon kini menuju ke arah pembangunan lestari menerusi lima projek terbesar mereka.

Walaupun bermula dalam pelaburan hartanah sekitar tahun 1980an, hari ini Kumpulan Joland mempunyai lebih 50 anak syarikat atau subsidari di bawahnya.

Bulan Oktober lalu, sekumpulan wakil media massa dari Kuala Lumpur dibawa ke Johor Bahru untuk meninjau projek pembangunan lestari kendalian Paragon.