'Selesaikan dulu masalah nelayan pak menteri ooi!'
  • 5 years ago
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rahman Dahlan membidas pengumuman menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof bahwa Malaysia akan membina kereta terbang pertama yang akan dipacu teknologi Malaysia.Menurut Rahman Dahlan, kerajaan seakan tidak sensitif mengenai keperitan rakyat yang menderita dalam keadaan harga komuniti yang meningkat naik.Bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu menyarankan kerajaan supaya memfokuskan untuk menyelesaikan masalah nelayan dan petani yang dihadapi mereka.Semalam Mohd Redzuan berkata projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu.Beliau berkata prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini.Bagaimanapun, beliau berkata projek itu berasingan daripada projek kereta nasional ketiga yang diilhamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Recommended