Tunggulah, benar atau tidak - Dr M

  • 5 years ago
Kenyataan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tiada dana RM90 juta 1MDB masuk ke akaun rasmi PAS belum terbukti benar atau tidak, kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana beliau percaya SPRM perlu mengambil masa dalam siasatan mereka bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung kes terbabit.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Klang, hari ini.

Mahathir berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, semalam bahawa tiada dana 1MDB dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS.

Beliau berkata hasil siasatan SPRM setakat ini tidak menemui sebarang bukti ada kemasukan dana RM90 juta yang didakwa sebelum ini.

Sejak siasatan SPRM bermula pada 6 Februari lalu, suruhanjaya itu telah mengambil keterangan anggota jawatankuasa pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas timbalan ppresiden Nasharudin Mat Isa.

Ia susulan laporan terhadap SPRM, selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyelesaikan samannya terhadap pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah.