'Duta pelancongan Malaysia', Luis Suarez lakukan 'rabona' gol atau tidak?

  • 6 years ago
Pemain sensasi Barcelona yang juga merupakan duta pelancongan Malaysia telah menjaringkan dua gol ketika Barcelona menentang Deportivo semalam.

Luis Suarez juga telah mempamerkan kemahiran beliau sebagai penyerang dengan melakukan sepakan 'rabona' untuk menjaringkan gol tetapi tidak disahkan pengadil.

Menerusi rakaman bola seakan sudah masuk tetapi penjaga gol Deportivo berjaya mengeluarkan bola tersebut.
Situasi itu menimbulkan kontroversi tetapi perlawanan diteruskan tanpa sebarang masalah.

Sebelum ini jaringan Messi ketika bertemu Valencia juga tidak disahkan walaupun rakaman jelas menunjukkan bola telah melepasi garisan gol.