'Ni apa nak jadi ni'

  • 5 years ago
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoal peruntukan yang diberikan kepada kolej swasta, Kolej New Era dan menganggap ia pertama kali berlaku dalam sejarah.

"Kali pertama sejarah sekolah menengah persendirian Cina dapat peruntukan RM12 juta. Dan baru-baru ini tiba-tiba sahaja kolej New Era dapat peruntukan...dalam pembentangan belanjawan tak ada.

"Bila diberitahu ia peruntukan terus dari menteri kewangan. Bila berlaku sedikit insiden maahad tahfiz keluar cadangan untuk tutup maahad tahfiz, ini apa nak jadi ni," kata Tuan Ibrahim dalam ceramaha perdana PAS di dewan JKKK Pasir Bayam Dong, Raub.

Peruntukan kepada Kolej swasta terus dari Menteri kewangan mendapat pelbagai kritikan terutama daripada ahli parlimen pembangkang.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini menegaskan peruntukan yang diberikan kepada Kolej New Era diberikan Kementerian Kewangan, bukan KPM.

KPM berkata mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk kolej swasta daripada dana yang disediakan kepadanya melalui Belanjawan 2019.

Recommended