Adik Guan Eng jawab kritikan nepotisme dari UMNO

  • 6 years ago
Anak perempuan pemimpin veteran, Lim Kit Siang dan adik kepada setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang baru dilantik menjadi senator berkata beliau memiliki pengalaman politik selama 20 tahun.

Lim Hui Ying berkata demikian bagi menjawab dakwaan nepotisme daripada pemimpin Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri.

"Saya sudah bersama parti selama kira-kira 20 tahun dan aktif terlibat dalam parti. Saya juga Setiausaha DAP Pulau Pinang.

"Jadi biarkan masa membuktikan hal ini dan melihat prestasi saya," beliau bercakap pada siang akhbar selepas mengangkat sumpah di Dewan Negara tengah hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri mengkritik pelantikannya sebagai nepotisme.

Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh juga dilaporkan berkata pelantikan Hui Ying akan "menggalakkan amalan nepotisme di kalangan ahli politik."