Lim Guan Eng jawab isu kadar tol
  • 4 years ago
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menjawab kritikan Barisan Nasional di atas tindakan kerajaan menyambung konsesi lebuhraya oleh PLUS untuk tempoh 20 tahun lagi.

Katanya, kerajaan tidak akan membenarkan sebarang kenaikan kadar tol, sebaliknya kadar tol akan turun sebanyak 18 peratus sepanjang tempoh konsesi.

Ini berbeza dengan tindakan kerajaan terdahulu yang terpaksa membayar pampasan kepada PLUS kerana tidak menaikkan kadar tol.