"Sila duduk dan jangan lari"

  • 6 years ago
Masih segar dalam ingatan kebanyakan orang, insiden anggota parlimen (MP) BN meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam.

Hari ini kejadian itu mendapat tempat secara spontan dalam istiadat perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sebelum menyampaikan ucapan pembukaan sidang baru parlimen di Kuala Lumpur hari ini baginda secara bersahaja bertitah mengingatkan semua MP agar tetap berada di tempat masing-masing

Titah bersahaja itu disambut dengan ketawa orang yang mengikuti sidang berkenaan.