'Saya pun bosan, tapi kita perlu duduk rumah'

  • 4 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui berasa bosan dikuarantin di rumah.

Bagaimanapun, beliau berkata ia adalah langkah yang diperlukan untuk memerangi Covid-19.

"Walaupun teruk lah nak duduk di rumah berhari-hari. Bosan tapi apa boleh buat.

"Kalau kita tak buat macam ni, penyakit akan merebak dan ramai akan meninggal dunia," kata Dr Mahathir dalam satu klip video yang dimuat naik di Youtube malam tadi,

Dr Mahathir sedang menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak rapat dengan salah seorang pesakit positif Covid-19.

Meskipun ujian saringannya sudah menunjukkan hasil negatif, beliau terus meneruskan kuarantin 14 hari seperti yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dr Mahathir menggesa orang ramai supaya tidak keluar rumah seperti biasa. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak barisan depan yang bertugas untuk menjaga keselamatan orang ramai.

Recommended