Antabax lancar kempen bantu WAO

  • 6 tahun lalu
PETALING JAYA 7 Jun - Jenama penjagaan peribadi, Antabax begitu komited dalam memberi sokongan kepada organisasi-organisasi yang memerlukan bantuan.

Dengan tema 'Kesihatan Dikongsi, Harapan Diberi', Antabax akan memberikan lima peratus daripada hasil jualan semasa kempen berlangsung dan hasil berkenaan akan disumbangkan kepada Women's Aid Organization (WAO).

Turut menjayakan kempen ini ialah pasar raya terkemuka, Giant dan pusat farmasi, Guardian.

Kempen Bersatu untuk Menderma kepada WAO itu telah bermula 1 Jun lalu akan berakhir pada 31 Julai ini.

Sementara itu, penampilan khas penyanyi, Ning Baizura telah memeriahkan pelancaran kempen berkenaan yang berlangsung di Giant, Kota Damansara dekat ibu negara. - UTUSAN ONLINE