Kempen peningkatan keahlian UMNO akan di lancar

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 19 Mei - UMNO akan melancarkan kempen peningkatan keahlian parti sempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun ke- 73 UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kempen itu akan dilaksanakan di peringkat pergerakan sayap Pemuda dan Puteri parti bagi menarik penyertaan semua pihak khususnya golongan belia.

Beliau berkata, langkah itu juga dilihat perlu bagi membuka ruang dan peluang kepada golongan belia untuk terlibat secara langsung dalam politik.

“Semasa proses pemutihan yang dilakukan baru-baru ini, hasil semakan mendapati keahlian UMNO masih ramai sehingga mencecah 3.4 juta ahli dan angka ini akan terus meningkat menerusi pelancaran kempen peningkatan keahlian yang akan dipandu arah oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada masa akan datang.

“Ini kerana kita lihat sambutan anak-anak muda yang ingin bersama UMNO semakin meningkat dan kita perlu segera membuka pintu dan memberi laluan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE