Lim Kit Siang 'disekolah' semasa kempen

  • 5 tahun lalu
CAMERON HIGHLANDS 24 Jan. - Selepas tular video calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dibidas seorang wanita warga emas di Felda Sungai Koyan 1 minggu lalu, hari ini tiba giliran Penasihat DAP, Lim Kit Siang 'disekolahkan' oleh beberapa orang lelaki semasa berkempen di sebuah restoran di hotel dekat Brinchang di sini.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Kit Siang bersama Manogaran telah disindir oleh pengunjung restoran tersebut yang mendakwa kerajaan PH telah menipu rakyat.