Jamal jadi tumpuan media di mahkamah

  • 6 years ago
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos akan didakwa hari ini atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah.

READOVER

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Jamal akan didakwa bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis.

Katanya lagi, Jamal juga menghadapi dua lagi kes jenayah dengan dua waran telah dikeluarkan terhadapnya sebelum ini.

Jamal tiba di KLIA pada petang tadi dan dibawa terus ke Mahkamah Majistret Ampang.