Video: Jaringan 'flip throw' dan 'bicycle kick', liga Amerika jadi tumpuan

  • 7 years ago
Jaringan sensasi gabungan 'flip throw' dan 'bicycle kick' daripada pemain Oklahoma City Energy membuatkan liga Amerika Syarikat mendapat tumpuan peminat bola sepak ketika ini.

Aksi gabungan akrobatik itu bermula dengan 'flip throw' Brian Harris sebelum ditanduk Wojciech Wojcik dan penyudah 'luar biasa' Miguel Gonzalez dengan jaringan 'bicycle kick'.

Jaringan sensasi itu terhasil pada minit ke-30 perlawanan 'United Soccer League' antara Oklahoma City Energy dan Sacramento Republic FC