Kawin tidak berhenti berlatih walaupun liga berehat

  • 6 years ago
Penjaga gol kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan tetap menjalankan latihan seperti biasa biarpun kini liga Thailand sedang berehat.

Kawin 27 tahun merupakan penjaga gol kelab Muangthong United FC yang bermain di Liga Utama Thailand.

Video latihan Kawin di tepi pantai dan di dalam air dikongsikan ramai peminat bola sepak yang memuji inisiatif penjaga gol berkenaan dengan tetap melakukan latihan biarpun kebanyakkan pemain lain bercuti ketika ini.

Jika dilihat pada video Kawin di temani seorang lelaki yang dipercayai jurulatih peribadinya untuk latihan bagi mengekalkan stamina dan kemahirannya sebagai penjaga gol tetap berada di tahap terbaik.

Muangthong United FC bakal menerima kunjungan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk perlawanan penting iaitu kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2018.

Muathong United FC menduduki tangga kedua Liga Thailand untuk musim 2018.