JDT: 'Kami tidak akan berhenti'

  • 6 years ago
JDTtv menerbitkan video suntingan yang dimuat naik di laman rasmi JOHOR Southern Tigers.

Video dengan tajuk 'We will never stop' membuka tirai 2018 buat kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Video suntingan itu memaparkan aksi JDT pada musim 2017 dengan 44 perlawanan yang melibatkan Liga Super, Piala AFC, Piala FA dan Piala Malaysia.

Musim 2018 JDT melakukan rombakan yang agak besar dengan kemasukkan beberapa bekas bintang mereka seperti Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Díaz dan Hariss Harun.

Selain itu JDT turut mengambil beberapa import baru iaitu La' Vere Corbin-Ong dan Bruno Gabriel Soares.

Tidak ketinggalan pemain muda tempatan berbakat besar seperti Adam Nor Azlin, Mohamed Syamer Bin Kutty Abba serta Shafiq Ahmad turut telah menyarung jersi JDT.

JDT dijangkakan akan memperkenalkan pemain import kelima mereka dalam masa terdekat sebelum sesi perlawanan persahabatan bermula.