Banjir kilat di Bukit Raja, Taman Rasah

  • 7 years ago
Air setinggi satu meter membanjiri sekitar kawasan Bukit Raja dan Taman Rasah susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian tersebut berlaku mulai jam 5 pagi tadi.

Hujan lebat mengakibatkan air setinggi 0.9 meter menaikki jalan raya. Bagaimanapun air sudah mulai surut selepas hujan berhenti.