Keluar Statut Rome ambil kira pandangan Raja-raja - Anwar
  • 5 years ago
Tindakan Putrajaya keluar daripada menyertai perjanjian Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dibuat dengan menagmbil kira pandangan Majlis Raja-Raja Melayu, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Pada hari Rabu, Mahathir mengumumkan penarikan Malaysia keluar daripada menyertai Statut Rome, berkata keputusan ini berpunca daripada kekeliruan yang dicipta oleh individu tertentu "yang hendak memukul orang sesuka hati dan melakukan perkara seperti itu" .

Menegaskan penarikan itu dibuat bukan kerana perjanjian tersebut membahayakan negara, Mahathir mendakwa terdapat percubaan untuk melibatkan raja-raja menentang kerajaan serta untuk memburuk-burukkan kerajaan PH dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rome dengan mendakwa kerajaan telah menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing.
Recommended